TAJUK FYP
TAJUK : PEMBUNGKUSAN SABUN MADU KELULUT
Sabun Madu Kelulut
Madu Kelulut merupakan madu yang berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan, kesihatan dan kecantikan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawat kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Madu kelulut juga diperkatakan dapat memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.
Rasa madu kelulut sedikit masam manis buah serta mudah dimakan. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang lebih tinggi berbanding madu lebah. Madu kelulut tidak putih seperti yang dikatakan. Lebah kelulut merupakan agen penting dalam pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesies buah, bunga, sayur dan tanaman.
Selain dijadikan makanan, madu lebah kelulut ini juga dijadikan sebagai sabun kecantikan yang mempunyai pelbagai kebaikan iaitu dapat melembutkan kulit dan menghilangkan masalah kulit. Sabun madu kelulut merupakan sabun yang diperbuat daripada 100% madu kelulut asli.