Preview 1
Konsep geomatrik seperti bentuk-bentuk hexagon digunakan sebagai inspirasi dalam menghasilkan logo dan reka bentuk pembungkusan. Dalam pemilihan warna pula, pengkaji menggunakan konsep mewah iaitu dengan menggunakan warna keemasan, kuning dan coklat yang menunjukkan warna yang mewah.
Ringkasan projek pembungkusan Sabun Madu Kelulut
Kajian ini mengenai pembungkusan produk sabun madu kelulut. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji mengenai reka bentuk pembungkusan dan penggunaan elemen visual dalam reka bentuk pembungkusan sabun madu kelulut. Sabun madu kelulut merupakan sabun yang diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu 100% madu kelulut asli.
Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji reka bentuk pembungkusan dan penggunaan elemen visual dalam reka bentuk pembungkusan sabun madu kelulut dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk tersebut agar produk sabun madu kelulut dapat berada di kalangan produk-produk yang terkenal.
Objektif Kajian
Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pembungkusan sabun madu kelulut yang telah sedia ada.
Mengkaji reka bentuk label dapat menonjolkan ciri-ciri identiti produk sabun madu kelulut
Mengenal pasti reka bentuk pembungkusan baru yang sesuai untuk pembungkusan sabun madu kelulut.